Wednesday, 13 May 2020

Day 20 - A Good Friend

Assalamualaikum and hi everything :)

Tengah baca al-Quran, tiba-tiba sampai dekat 1 page ni.
Page yang aku dapat untuk ujian darul quran. Tak ingat dalam berapa minit, 30~minit macam tu rasanya, kena hafal 1 page tu.

Dan waktu tu, untuk aku yang bukan budak hafazan, cuba segala tips nak hafal la page tu. And salah satu tip nak mudah hafal, kita kena faham maksud ayat tu, supaya tau kata kunci, macam tu la. Macam ayat ni cerita pasal apa, so kita ingat satu perkataan arab dia and insya Allah boleh la ingat.

Dan antara ayatnya ialah;

Saya Adalah SAYA!: Al-Zukhruf (Ayat 67)

Bila ulang balik baca ayat tu, buat aku terfikir.

Am i a good friend?
Aku bagi pengaruh yang baik tak kepada kawan-kawan aku?

Adakah aku penyebab kawan-kawan aku alpa tentang Tuhan?

Maafkan aku, kawan.
Andai aku pernah menyebabkan kalian terpesong daripada jalan yang benar.

Dulu selalu dengar orang berkata,

Uhibukki fillah.

Persoalannya, hanya sekadar ucapan atau betul?

Jika kita sayang kawan kita kerana Allah, ada tak kita tegur dia bila dia buat salah?
Jika kita sayang kawan kita kerana Allah, ada tak kita ajak dia buat kebaikan sama-sama?

friend, good, and islam image

Kalau nak baca tafsiran ayat tu dengan lebih lanjut, boleh rujuk [sini]

Tuesday, 12 May 2020

Day 19 - Grow Up, Grow Old.

Assalamualaikum dan hi semua :)

Harini juadah berbuka puasa is, SHELL OUT. Uwu.

Dari dulu lagi duk cakap teringin nak makan shell out la, apa la. Last-last first time makan, home made je. Haha.

So dalam shell out mak masukkan ketam la kan.

Tengah-tengah makan waktu berbuka tu, mak cakap lupa nak ketuk ketam tu so keras sikit la.

Aku macam, tak apa. Gigit je la en.

Lepas tu mak cakap, 

"ish kena ketuk jugak ni. takut gigi patah."

And then aku terdiam kejap.

Bukan sebab rasa kelakar ke apa.
Tapi aku tersedar.

Aku boleh gigit kulit ketam dengan senangnya, mungkin sebab masih muda lagi.
Tapi mak aku risau takut giginya patah.

Buatkan aku sedar my mom is growing old as i'm growing up.

Rasa nak berhentikan masa sekejap.

このままでいい。

age, growing up, and worth image

Tapi aku sedar hidup kena diteruskan.

Jadi aku kena hargai setiap masa yang ada sekarang.
Supaya aku tak menyesal akan datang.