Friday, 16 November 2018

Strangers.

Have you ever meet somebody or can i say it as strangers for a short moment, but that short moment could impact your life?

Because I did.

Yesterday pergi Aeon Shah Alam, jumpa Syaza. Tapi for a while jela sebab dia pun rush nak balik but it's okay, asal dapat jumpa kan. So, lepas Syaza balik maka saya pun berhuhu jela sorang sorang dekat situ, sementara tunggu ayah ambil.

I bought chatime and duduk dekat food court and playing games to kill time.

Tengah tengah main game tu, tiba-tiba ada seorang akak dari meja sebelah duk tegur.

"Tengah mesej dengan pakwe ke tu? Sorry ye akak ganggu sekejap."

Mehh.

Then akak tu story la pasal MAKNA, ha yes bukan makna erti, definition tu, but makna as Majlis Kanser Nasional.

At first i thought akak tu nak minta dana ke apa sebab brochure yang dia tunjuk tu ada perkataan fund. But tak pun, dia duk explain pasal benda lain.

Akak tu tunjuk la statistik bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kanser ni berapa ramai, and berapa ramai yang meninggal dunia sebab tak mendapatkan rawatan. Bukan tak nak dapatkan, but the cost yang pricey which is around RM50k.

"Akak ni 5k pun takde."
kalau akak takde, apatah lagi saya huhu

She also asked, ada tak kenalan yang ada penyakit kanser? Alhamdulillah so far orang yang saya kenal semua sihat sihat belaka dan saya mendoakan agar semua terus sihat selalu :)

And dia kata la penyakit kanser ni penyakit no 2 yang membunuh rakyat Malaysia. Saje la nak test dia penyakit no 1 apa kan, and rasa macam orang bodoh pulak sebab sah sah la dia mesti tau punya kan? *facepalm*

She said that kalau dulu, late 50's yang ramai kena penyakit kanser tapi sekarang, late 20's pun dah ramai. So dia bagi la nasihat, sebab dia tau saya student, so dia kata la, student dengan megi macam tak boleh dipisahkan. So makan once a week tu pun dah bahaya sebab mee dia tu ada wax, pastu ada msg lagi. Dalam hati hanya mampu tersengih jela sebab 3 hari lepas baru je makan megi muehehehe.

And i just found out kita boleh je melawat pesakit kanser dekat UKM tu. I mean, i thought family member je ke but no, heh. Akak tu sendiri cakaplah ada je budak budak yang penghidap kanser dekat hospital tu and kalau tengok lagi menyedihkan, ye la sebab budak kan :(

But I believe those patients dijaga dengan baik. Even ada scholarship for the students tau. Haa jangan main main.

Sebagai pengakhiran, akak tu ajak la join volunteering. Haha. So, marilah kita mengimarahkan okay :)

So, akak tu dah habis promote, akak tu pun balik. So saya pun teruskan main game. Tengah syok main game, tetiba kena tegur lagi. Pheww, famous i semalam~ *erk*

Kali ni lelaki pulak yang tegur. Dia kata la, dia tengah buat kempen untuk mari membaca dan memahami al-Quran. But then i said to him, sorry eh sebab tengah main game (the game still on going lagi) and then muka dia macam terkejut la sebab perempuan??? main game??? wow... tapi game cikai je actually...lol

Oh bila dia tanya my name then dia kata la, sama macam nama kakak dia. Haha.

Then time dia tengah promote tu dapat call, and he asked la, ayah ke? But i replied, no. Sorry sayang tak dapat nak angkat sebab macam tak proper pulak kan. Hewww.

Then banyaklah dia promote pasal Quran tu, dalam tu ada asbabun nuzul which is sebab kenapa turun sesuatu ayat tu. And kalau kita baca and tahu sesuatu cerita tu, menarik la :) Pastu ada hadis, ada intipati ayat, ada indeks kalau nak cari sesuatu ayat ke. Rata-rata macam semua al-Quran ada, but it depends on us sama ada nak baca or tak huhu.

Harga asal al-Quran tu for me mahal la macam jahat pulak huhu :( tapi ada special price waktu tu. And he insisted me to buy it which i waktu tu rasa macam memang menarik, tapi rasa macam dah ada dekat rumah so buat apa nak beli kan.

So here some of our conversations;

"Harini dah baca al-Quran belum?"
"Belum lagi."
"Biasa baca bila?"
"Lepas solat maghrib."
"Oh kiranya main game apa semua baru baca Quran?"

---

"Tapi tu al-Quran mak. Awak handphone kongsi kongsi ke sendiri?"
"Kadang kongsi je."

---

"Saya dah ada al-Quran kat rumah, nanti kang Quran lama lama tu jadi hiasan je."
"Awak handphone mesti nak upgrade kan? Tak kan al-Quran tak nak upgrade? Yang lama tu awak boleh hadiahkan dekat orang."

---

"Awak tengok drama Korea mesti lagi best kalau faham kan? Macam tu jugak dengan al-Quran."

---

"Agak agak lepas dah fahami al-Quran, mati tu boleh tenang dah tak?"
"Insya Allah..kot."
"Apa pulak kot, mestilah tenang. Kita bandingkan orang yang baca je dengan orang yang baca dan faham al-Quran, mana lagi style?"
"Yang baca dan faham."
"Haa, kita nak mati pun kena berstyle tau. Okay dalam islam apa mati yang paling style?"
"Mati dalam iman?"
"Apa pulak. Mati syahid la."

Tak tau nak respond. Aha. I tried my best tau untuk tolak baik baik tak nak beli. Because I already got my points tapi malas la nak berdebat dengan abang tu but yeah, nice to meet you bro.

And it made me realized, saya dah khatam al-Quran dah banyak kali, tapi i dont even remember saya dah habis baca semua terjemahannya ke belum. How sad my life is :(

Thank you sebab sedarkan saya.

That's why i like to meet new people.
They teach me.
Sama ada lisan atau perbuatan.
Sama ada secara sedar atau tak sedar.

Sebab dakwah Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun, 70% berkesan kerana akhlak Baginda.

Saidatina Aisyah r.a sendiri pernah berkata, "Akhlak Nabi Muhammad S.A.W adalah al-Quran."

Semoga harini menjadi titik tolak kita for being a better muslim, insya Allah :)

1 comment: