Tuesday, 27 February 2018

Appreciate.

quotes, appreciate, and expect image

ini sebenarnya cerita beberapa hari yang lalu, or beberapa minggu to be exact, tapi sebab dah lama tak update blog, so rasa nak bercerita jugak, kisah hape akuu

waktu tu makan malam kat luar, so sementara tengah tunggu makanan yang diorder tu sampai, tetiba ada sorang budak kecik datang kat meja aku

waktu tu, aku dengan mak ayah aku jela, kiranya bertiga la. so, ada kerusi kosong lagi 1 la kan. then budak tu duduk kat situ.

dekat tangan budak tu ada beberapa batang pensel, 4 kalau tak silap aku.
or maybe 5, entahlah lupa dah.

dia hulur kat aku, pastu aku pun blur la, dia nak suruh aku buat apa dengan pensel ni? HAHA.

then aku cariklah kertas ke resit ke dalam beg supaya budak tu boleh conteng en, tapi takde pun. yang ada hanyalah tisu 4 fingers, wet tissue, dan tisu biasa. LOL. so, aku keluarkan je la tisu tu.

aku pun hulur kat dia, tapi dia tak faham kot haha so aku tunjuk ah demo conteng kat tisu tu pakai pensel yang dia kasi tu,

and he went like, "wOoo~"

sis terhibur lol

pastu entah macam mana, from menulis atas tisu went to nyorokkan pensel guna tisu real quick haha

sebab dia budak-budak, so dia teruja bila aku kononnya buat magic hilangkan pensel dalam tisu padahal pensel tu aku dah amek dulu letak atas riba, sorok bawah meja hahahaha kejamnya aku

tapi dia gelak bukan kemain happy lagi, aku yang dengar rasa seronok sangat
sebab rasa macam eh ada jugak budak kecik layan benda bodoh aku buat hahaha gitew

rasa dihargai, uhuk

then entah macam mana budak tu dapat ilham pergi koyakkan tisu tu. aku pun acah acah bulatkan mata ah nak marah dia. sekali dia kelip kelip mata dia banyak kali kat aku. aku nak marah pun tak boleh. HE IS TOO CUTEEEEE TO HANDLE!

then kitorang main lawan siapa kelip mata paling laju. sangat tak boleh blah. hahahaha.

pastu makanan sampai and budak tu blah la.

dah habis makan, aku tolong bayarkan la dekat kaunter. sekali budak tu ada dekat kaunter, pastu dia kata bye dekat aku. awww, my heart melted.

rupa-rupanya budak tu anak tokey kedai lol

aku perhatikan sekeliling aku, rata-rata yang family ada budak kecik, the parents entertain anak dorang dengan tunjuk video on smartphone or bagi budak-budak tu main game what so ever,

that is so unhealthy, for me.

waktu makan tu la waktu paling sesuai untuk bonding time with family, kalau semua sibuk dengan smartphone, then baik semua makan asing-asing then buat video call sama-sama? mehhh.

how funny these media social makes us become anti-social.

these-so-called-media-social yang kononnya nak rapatkan yang jauh, memang rapatkan yang jauh, tapi yang dekat, yang kat sebelah tu terabai. uhuhu.

waktu yang ada ni, hargailah orang yang ada di depan mata. jangan sampai bila dah takde, baru kita nak menyesal.

idk, those kids are too young to be exposed to IT things what so ever, once dia dah kenal smartphone, iPad, tablet, mesti dia akan mintak dan mintak lagi, sampai addicted. aku tak nak anak aku kecik-kecik dah rabun, silau.

aku nak ajar anak aku, nak bagi anak aku rasa childhood macam aku rasa, walaupun aku rasa takkan sama macam childhood aku yang dulu

"alah zaman moden, zaman globalisasi, zaman IT kan, kita kenalah seiring"

hello it's just my opinion people

ok aku pun tatau kenapa boleh masuk tajuk ni pulak k dahlah bye

4 comments:

  1. Hiya! I know this is kinda off topic nevertheless
    I'd figured I'd ask. Would you be interested in trading links or maybe guest authoring a
    blog article or vice-versa? My site covers a lot of the
    same subjects as yours and I think we could greatly benefit from each other.
    If you might be interested feel free to shoot me an email.
    I look forward to hearing from you! Fantastic blog by the way!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, it's such an honour for me uhuhu so here is my email, nurul.atiqah.01@gmail.com

      Delete
    2. Fuhhhh entri yg ni best

      Delete