Saturday, 28 May 2016

Jatuh

black and white, strong, and broke image

Nak tau apa yang sedih?
Dalam masa 5 hari, aku jatuh 2 kali.

Nak tau apa yang lagi sedih?
Orang nampak kau jatuh, tapi buat tak peduli.

Ya, mereka tak gelak.
Tapi mereka juga tak hulurkan bantuan.
Sekadar kerlingan selama 2 3 saat yang mereka berikan.

Tidak, bukan simpati yang aku maukan.
Cuma, sekadar ingin meluahkan perasaan.

Tangan kaki lebam, kaki berdarah, kepala terhantuk. Sakit.
Tapi hati ni lagi sakit.

Sebab yang nampak tu bukan orang asing pun.
Member sendiri jugak.

Eh ke kita bukan member?

TAPI

Pengajaran untuk aku jugak.
Sampai bila nak bergantung pada orang?
Sampai bila nak berpaut pada orang?

SAMPAI BILA?


“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk” {3:103}

Dan waktu tu aku sedar,
Aku harus berdikari.
Aku harus bangkit sendiri.

Sebab akan tiba masa,
hanya aku seorang diri
dan tiada siapa di sisi. *gulp*

Salam cuti persekolahan! x

4 comments:

  1. Eyy siapa yang tak tolong Atokeyy saya ni? Babap kang.
    Hehe atokey,jemputlah follow blog saya kuikui

    ReplyDelete