دروس اللغة العربية

warning; entry panjang berjela

sucess, failure, and hard image

Aku bukannya pandai bahasa arab macam Mumtazah. Lahir dari golongan yang pakar bahasa Arab. Sekolah rendah bolehlah lagi sebab senang. Naik sekolah menang rasa macam errrrr.......... kena hadam one by one, slow slow.

PAT akhir tahun, bahasa Arab dapat 70.

Naik 2015, awal-awal tahun Ustazah Rohana ada buat TOV untuk setiap pelajar.

Dari 70 --> 85.
15 markah.
Wow wow.
Mampukah aku?
Bolehkah aku?

Waktu awal tahun tu, Ustazah Marzilah ada brainwash anak-anak PT3 hoho
Ustazah tanya, paling tinggi berapa A tahun lepas?
Siapa subjek BM dapat A?
BI? SN? MT? KHB?

"Dah tau apa yang A?"
"BA & PAI" -- jawab seorang pelajar lelaki.

Dah lah time tu duduk first row untuk perempuan, malu rasanya.
Rasa macam tak pernah langsung dapat A untuk bahasa Arab since form 1.
Rasanya lah huhuhu

Alhamdulillah UP1 dapat 75.
Meningkatlah jugak walau tak dapat A.
Tapi kau bayangkanlah macam mana rasanya tengok kengkawan kiri kanan depan belakang dapat A, kau hanya mampu tenung kertas sendiri, tengok balik apa yang salah. Kenapa salah.

PPT pulak, Alhamdulillah dapat 83.
Meningkatlah jugak walau tak dapat A.
Dan feelingnya masih sama, orang lain dapat A, kau hanya mampu tengok balik apa yang salah.
Dan frust pastinya, sebab kalaulah 80 dah A, mesti dapat A.
Waktu tu la.

TRIAL?
Ustazah ada buat perbandingan, so ustazah cakaplah ok si fulan bin si fulan naik 3 markah, menurun 2 markah, naik gred, turun gred blablabla, dan bila sampai ke nama aku,
Masih sama, 83.
Perasaan?

Sakit hati dengan diri sendiri sebab tak ada peningkatan.
Sakit hati dengan diri sendiri sebab tak ada perubahan.

And then, kelas intensif pun bermula.
Haa lagi aku cuak sebab gabung dengan dak-dak Biruni.
Budak-budak pandai semuanya.

Lagi nak exam lagi berserabut aku rasa.
Nangis kau tau bila tengok senarai nama kelas intensif tu.
Bila aku fikir balik, apa yang sedih pun tak tau la hahahaha

Time tu, subjek BAZ.
Ada Ustaz Fahmi, Ustaz Adyka dengan Ustazah Aslina.
Cikgu-cikgu bagi kerja kena isi satu table ni,
          kalau marfu', time mufrad musana jama' camne,
          kalau mansub, time mufrad musana jama' camne,
          kalau majrur, time mufrad musana jama' camne,
dengan asma al-khamsah blablablabla tu

Haa dah lah memang aku lemah bab-bab ni *malu*

Duduk dalam grouping,
Tengok orang kiri kanan laju je jawab, haih.

Kebetulan waktu bawak buku Nota Ajaib Fuyoo, rasa selamatlah sikit.

Tetiba Ustaz Adyka cakap,

"Nak dekat periksa dah still tengok buku lagi?"

Feeling dia?
NAK NANGIS.

Tapi terima kasihlah dekat ustaz, aku tersedar.

Since that, aku try hafal guna table tu je.
Sebab Mumtazah pun pernah cakap,

"Time MISS sebelum tidur itu jelah yang kita orang hafal."

And I was like, oh ok.
Akan dibuat.

Suatu hari, ada mock test.
Jawab jelah macam biasa.

Few days later, dapat keputusannya.

Cuba teka berapa?

YEAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH

83%.
LAGI.
LAGI.
LAGI.

Takdelah 83 tepat pun, sebenarnya 82.5%, so bila genapkan 83.
Huhu.

KAU RASA APA?
Kurang dari 2 minggu aku rasa waktu tu, tapi still takde apa.
Aku rasa macam dah fed up.

Tapi pujuk diri sendiri, peperiksaan yang sebenar belum lagi.
Ada masa lagi, I can do it.

Check lah kertas tu, kot-kot ada harapan.
Even MOCK TEST.
Tak masuk dalam slip pun.

"Jangan risau markahnya, tak masuk dalam slip pun, tengok balik kesalahan apa yang kamu buat, tajuk-tajuk dalam soalan tu." -- Tc. Mariana

And guess what?
Ada satu soalan tu, ustazah tak perasan dan tak tanda.

Jumpa ustazah buat semakan, dapat lah tambah 2 markah.
84.5%.
Means 85%.

Alhamdulillah, for the first time.
Walaupun atas pagar, syukur.
Ok takde lah atas pagar pun, dia sebab genapkan je.

Tak masuk dalam slip pun, tapi legalah jugak.
Rasa macam nak terbang, kahkahkah.

---

So, bila time check paper PT3, menggeletar tangan

Sebelum tu dah check BM & SN.
Kedua-duanya tak menggembirakan sangat.

Tengok je page depan sekali, rasa nak nangis.
Bukan sebab kena tanda dengan pentaksir, tapi sebab markahnya.
Alhamdulillah, for the first time in forever.

Kali ni bukan atas pagar dah,
alhamdulillah dah lepas pagar, hahahaha

Tak expect untuk tinggi sangat (biasa je sebenarnya haha) sebab time jawab tu, rasa macam tak confident sangat. Ngee.

---

Bukannya mudaaah~~ untuk mencapai suatu kejayaan.

Cewah.
Usaha selagi mampu,

sebab Allah tengok usaha kita, bukan hasilnya.

Walau rasa nak give up, tapi jangan give up.
JANGAN.

Comments

  1. Wahh bestnya pandai bahasa arab. Saya ni kalau bagi soalan macam budak2 sekolah rendah pun saya tak tahu nak jawab agaknya. Hehehe.. Apa2pun tahniah sebab dah berjaya dapat A. Kekalkan usaha yang baik tu ya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, takdelah pandai sangat pun huhu ameen hehehe, thank you ^^ insya Allah ;)

      Delete
  2. Yeah tauke. Ai lagi teruk kot sebab tak pernah dapat A. yg real baru rasa alhamdulillah haha ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je kita hahaha alhamdulillah merasa jugak akhirnya huhuhu

      Delete
  3. Samo laa tak perna A ba. Lagi lagi time ostad bg table tu. Dahla orang sebla hureen ngn ani. Aku terkulat kulat jawab 😢😢😢 gladly yang sebenar A atas pagar 85 kahkahkah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, yang table tulah rasa macam errrrrrr apa ni apa ni hahahahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts