Thursday, 9 July 2020

[Review Buku] Selamat Tinggal Purnama by Teme Abdullah

gambar di ambil dari blog teme (sebab kalau diri sendiri nak ambil gambar, phone tak lawa TT_TT)

Assalamualaikum dan hi semua :)

Lama gila since my last update, my 30-days-during-Ramadhan pun tergantung sampai hari ke-20 je. Sepuluh hari terakhir tu busy beribadah, ceh. Tipu je. Actually ada je dalam draft tapi rasa macam dah basi sangat untuk di post, so biar je la dia terperap dekat situ.

So berbalik kepada topik, aku baru berjaya habiskan buku bertajuk Selamat Tinggal Purnama, yang dekat sebulan jugak rasanya dah sampai rumah. Hehe. Itu pun beberapa minggu sebelum ni ayah tegur, buku yang aku beli tu dah habis baca belum?

Punyalah waktu open pre-order dulu aku duduk dekat depan laptop 30 minit awal, 5 minit nak dekat pukul 9 asyik refresh je website iman publications tu hehe.

Post ni hanyalah sekadar pandangan dari sisi aku sepanjang aku membaca buku tersebut, mungkin ada bahagian yang orang lain akan setuju, dan mungkin akan tidak. Apa-apa pun, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza kan? :)

Buku ni dia ada dua jilid, dan semestinya ia berkaitan antara satu sama lain. Aku tak nak tulis pasal sinopsis apa semua tu, tapi aku nak tulis tentang the moral value, something like that? Apa yang aku dapat dari pembacaan aku.

So let's start yang jilid 1st dulu.

Oh sebelum tu, kalau yang belum baca buku tu mungkin akan ada spoiler dalam ni, jadi sila la buat pilihan dengan bijak sama ada untuk teruskan membaca atau tidak hehe.

Awal-awal dalam strain yang pertama tu, dia ceritakan tentang kemajuan, the society, pada 'zaman' tu, which is kalau untuk waktu sekarang macam tak masuk dek akal, tapi kemungkinan besar untuk benda tu berlaku pada zaman akan datang tu ada.

Antaranya ialah ada part kata rokok dianggap pembekal nutrisi yang bagus. Tapi apa yang aku nak kata ni bukanlah tentang rokok. Tapi pasal kanabis. Sebab kes pada tahun 2019, Lukman dihukum gantung sehingga mati sebab gunakan kanabis untuk tujuan perubatan. Dan baru-baru ni dalam parlimen digital ada yang mencadangkan untuk buat kajian, untuk membolehkan penggunaan kanabis dalam perubatan.

Macam aku cakap tadi, untuk waktu sekarang macam tak masuk akal, tapi untuk 10 tahun, 20 tahun akan datang, siapa tahu kita ada undang undang yang membenarkan?

Begitu juga dengan isu LGBTQ.

Sebagai seorang muslim, sudah terang lagi bersuluh perkara-perkara tu sangatlah bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi sekarang, sudah ada kumpulan yang berani tanpa segan silu menunjukkan mereka menyokong tentang perkara tersebut. Siap buat perarakan tentang human rights. Heh.

Isu LGBTQ ni sangatlah sensitif dan panjang, jikalau berdebat tidak tahulah bila akan sampai ke penghujungnya (haihhh) tapi aku berharap sangat, Malaysia akan banteras masalah-masalah seperti ini. Kuatkanlah iman-iman kami, moga Allah lindungi kita.

Alamak, macam tersimpang jauh dah haha.

Yang menariknya dalam buku Selamat Tinggal Purnama ni, sangatlah genius Teme Abdullah ni sebab berjaya hasilkan buku fiksyen sebegini, which is manusia manusia ketika zaman itu dikategorikan mengikut kolar leher. 

Seperti sekarang, jika kau dilahirkan dalam keluarga kaya, peratusan untuk kau hidup dengan kaya juga tinggi. Begitu juga jikalau kau dilahirkan dalam keluarga yang kekurangan. Peratusan untuk kau kekal dalam keadaan begitu juga lebih tinggi.

Mengerikan jika benda tu betul-betul berlaku. Like, seseorang tu usaha bagai nak rak, sampai rak patah sekalipun, tapi dia tak berjaya untuk mencapai kredit minimum, dia akan mati. Sedangkan yang born with a silver spoon in his mouth, tak perlu bersusah payah macam orang yang berkolar hitam pun tak apa. Senang la Thanos nak control dunia kalau macam tu. Haha.

Ada 2 sebab yang membolehkan kau mati:

1. Kekurangan credit
2. Persepsi manusia lain terhadap kau

Yang no 2 tu macam wow sikit sebab ada dalam jilid 1st tu (kena baca sendiri untuk tau HAHAHA)

Lihatlah, betapa hebatnya manusia boleh 'menghukum' orang lain sehingga boleh menyebabkan orang tu mati. Sedangkan di mahkamah pun ada certain kes yang bagi kita tak wajar dihukum macam tu, apatah lagi kalau kita bebas menghukum tanpa ada rules and guidance. Untuk kes yang dalam buku tu, mungkinlah orang akan rasa 'dia memang wajar mati'. 

Tapi kalau untuk zaman sekarang ni kita ambil contoh la, kalau di twitter mungkin zaman spill the tea, jadi bila seseorang yang ramai followers, dia cerita tentang persepsi dari pihak dia kepada orang ramai, dan orang ramai percaya tanpa dengar dari sebelah pihak lagi, tak ke bahaya? Itulah kuasa media.

Kita janganlah cepat menghukum sebab kita tak ada dalam situasi sebenar. Apa yang kita boleh buat adalah be neutral, dengar daripada dua belah pihak dan baru berfikir.

Ni ada kaitan dengan yang jilid kedua jugak.

Aku geram betul dengan Adda!!! (ha nampak tak emonya tu hahaha)

I was expecting a good ending, atleast ketika mana satu dunia membelakangi Purnama, sekurang-kurangnya Adda perlulah ada untuk menyokong Purnama. Tapi tak. Yelah, perempuan kan emosi. Bila tengah emosi, fikiran jadi tak betul sangat hahaha.

Tapi paling tidak pun, selepas beberapa ketika, cubalah contact balik, usaha untuk jernihkan keadaan. Ini tak! Ceh, cakap lebih, diri sendiri pun tak buat. Eh. Haha.

Dekat situ la nampak betapa pentingnya communication. Sebab setiap orang ada pandangan masing-masing.

Bagi Purnama, lebih baik untuk dia tidak kongsikan hal sebenar sebab tak nak Adda risau.
Tapi bagi Adda, (atau mungkin sebenarnya kalau aku di tempat Adda hahaha), as isteri, tak perlu ada rahsia antara mereka berdua. Sebab bila dirahsiakan, mula la nak overthingking.

Ye, aku tau nanti mesti ada yang baca ni cakap, bukan perempuan je ada perasaan, overthinking. Hehe.

Bagi A, cara ni lebih baik. Tapi bagi B, cara yang lagi satu lagi baik.
Jadi ambillah masa untuk duduk berbincang, mencari solusi yang memuaskan kedua-dua pihak.

okay tiba-tiba dah termasuk strain yang kedua hahaha

Berkaitan dengan album comeback purnama, ada lagu yang happy, ada lagu yang sedih. Kononnya disengajakan tapi itulah sebenarnya perasaan Purnama, waktu dia buat lagu lagu tu. Adalah satu anugerah untuk orang yang mampu meluahkan perasaan dengan lagu, sajak, puisi dan sebagainya. Itulah cara bagi mereka 'bersuara'.

Dan adalah satu anugerah juga kalau kalian mampu menilai perasaan seseorang berdasarkan tweet, kata-kata orang tersebut.

Tapi janganlah palatao buat andaian sendiri.

Untuk part Purnama struggle berhenti dari ambil dadah, aku sedikit sedih la. Sebab dia dah usaha demi Adda, demi Purnama, tapi dia tewas juga. Time dia ambil awal-awal tu pun sedih tapi macam ye la terpaksa kan, untuk sampingan je kan. 

Tapi macam dalam Korea yang cerita Prison Playbook tu, Looney yang berjaya survive tanpa ambil dadah sepanjang dalam tahanan pun, setelah keluar dari penjara, dia tewas sekali lagi bila dioffer. Aku tak ada pengalaman, tapi apa yang aku mampu katakan is, drug is addictive, dan janganlah dekati walau selangkah. And for those yang dah terjebak, masih belum terlambat untuk anda berhenti. 

Begitu juga dengan rokok, vape dan sebagainya. Sayangilah diri anda, sedangkan orang lain pun concern tentang anda, mengapa tidak anda?

Dan juga part kawan-kawan Purnama yang sangsi terhadap Purnama. Sedih tapi itulah realiti yang kadang kala berlaku di sekeliling kita. Sepatutnya kita yang rapat ni la bila tahu satu berita tu kena tanya betul ke tak, bukan semakin menjauh. Takkan berkawan hanya ketika senang, bila susah buat buat tak kenal?

(sorry to say this, haha) tapi aku puas hati dengan apa yang terjadi kepada Mawar, yang mempergunakan Purnama. Sekurang-kurangnya kita sedar, kita takkan selamanya berdiri di atas, ada waktu kita jatuh dan ada waktu kita bangun. Biar 'orang atasan' yang selama ni asyik mengarah orang bawahan tu rasa apa yang orang bawahan sebelum ni lalui hari-hari.

Dan part Purnama kena fitnah, ramai yang muncul 'claim' cerita itulah, inilah, claim jadi mak cik pak cik la. Zaman sekarang pun ada macam tu. Bila ada tweet viral je, nanti mesti ada yang reply, 'weh ingat aku lagi tak', claim dia ni dulu classmate saya. Bila ada orang spill the tea, nanti akan ada orang lain yang tambah juga pengalaman dia dengan orang yang dispillkan tu walaupun cuma secebis.

Apa-apa pun, kepada Purnama, terima kasih untuk 'persembahan' anda. Benarlah kata orang, kita hanya akan sedar the value of someone tu bila orang tu dah tak ada dah. Jadi wahai pembaca, untuk saat ini, hargailah apa yang anda ada.

Ye, mungkin sakit telinga kena bebel dengan mak, kena tegur dengan ayah. Tapi betapa ramainya orang yang telah kehilangan mak ayah, rindukan suasana untuk dibebel dengan orang tua mereka. Jangan menyesal di kemudian hari.

Kepada sesiapa yang mempunyai suicidal thoughts, seek for a help. Aku doakan semoga semuanya baik baik sahaja. Malam yang gelap sekalipun, akan terbit matahari pada hari esoknya.

Akhir kata, ceh ingat karangan ke, mungkin ini juga mesej Teme kepada kita, or kepada aku sekurangnya. Aku pernah tertanya jugaklah kenapa Teme tak nak revealkan diri dia, dan aku dah dapat jawapan aku.

Fuh panjang pulak entry kali ni.

I guess my reveiew comes to an end, walaupun rupa tak macam review kan, tapi aku taip je la apa yang aku nak share daripada apa yang aku dapat lepas baca buku tu.

Kepada yang membaca sampai habis ni, dapat ke jawapan yang korang nakkan? hahaha

Mungkin ada certain rasa buku ini agak heavy, tapi bagi aku masih boleh dihadam. Penggunaan kosa kata pun menarik sebab ada new vocab yang aku baru belajar. Kepada yang terbantut nak baca selepas baca aku punya review, aku mintak maaf huhu.

That's all from me, have a nice day everyone! :)

Wednesday, 13 May 2020

Day 20 - A Good Friend

Assalamualaikum and hi everything :)

Tengah baca al-Quran, tiba-tiba sampai dekat 1 page ni.
Page yang aku dapat untuk ujian darul quran. Tak ingat dalam berapa minit, 30~minit macam tu rasanya, kena hafal 1 page tu.

Dan waktu tu, untuk aku yang bukan budak hafazan, cuba segala tips nak hafal la page tu. And salah satu tip nak mudah hafal, kita kena faham maksud ayat tu, supaya tau kata kunci, macam tu la. Macam ayat ni cerita pasal apa, so kita ingat satu perkataan arab dia and insya Allah boleh la ingat.

Dan antara ayatnya ialah;

Saya Adalah SAYA!: Al-Zukhruf (Ayat 67)

Bila ulang balik baca ayat tu, buat aku terfikir.

Am i a good friend?
Aku bagi pengaruh yang baik tak kepada kawan-kawan aku?

Adakah aku penyebab kawan-kawan aku alpa tentang Tuhan?

Maafkan aku, kawan.
Andai aku pernah menyebabkan kalian terpesong daripada jalan yang benar.

Dulu selalu dengar orang berkata,

Uhibukki fillah.

Persoalannya, hanya sekadar ucapan atau betul?

Jika kita sayang kawan kita kerana Allah, ada tak kita tegur dia bila dia buat salah?
Jika kita sayang kawan kita kerana Allah, ada tak kita ajak dia buat kebaikan sama-sama?

friend, good, and islam image

Kalau nak baca tafsiran ayat tu dengan lebih lanjut, boleh rujuk [sini]